Sunday, February 19, 2017

Cara Buat Jus Peria Katak

Assalamualaikum..

Hari tu masa balik kampung ternampak ibu mertua saya buat jus peria katak. Siap bagi saya rasa lagi tau. And suprisingly, sedap plak rasa jus tu😋

Saya pun apa lagi, tanya lah ibu apa resepi dan cara buat jus peria katak tu. Rasa sedap kan, of cos lah nak tau rasa camana. Hihi. So next time boleh la try buat sendiri plak 😁

Macam ni lah rupa jus peria katak tu. Tapi ni gambar saya amik daripada google. Credit to blog syakitchen.blogspot.my

Korang nak tahu tak macam mana cara buat jus peria katak? Cara dia mudah je actually. Simple tapi sedap dan paling penting berkhasiat.

Ok, kat sini saya share resepi nya ya. So sape-sape nak buat nanti boleh la buat.

Cara buat jus peria katak

Bahan-bahan: 

1. 2-3 biji peria katak *
2. 1 biji epal hijau *
3. Lemon
4. 300ml air *
5. Ais *

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan bertanda * kat atas ke dalam blender.
2. Kemudian potong sikit lemon dan perah ke dalam blender
3. Blend la sampai semua hancur.
4. Tadaaaa jus kita dah siap boleh la transfer masuk cawan comel-comel 😁

Senang kan cara buat jus peria ni. Nanti dah cuba jangan lupa share ye. 

Okay, selamat mencuba resepi jus peria!


Love,

Akmarina Arifin

1 comment:

  1. Kalau blend peria je memang muntah hijau la nnt.huhu..mcm best je resepi ni. Must try!

    ReplyDelete